Menu

PELABURAN LANGSUNG ASING

0 Comment

PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA
TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA

CHIEW LING NA
JK10205/14

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

DI BAWAH SELIAAN:
Dr. KU’ AZAM TUAN LONIK

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017/2018

PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA
TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA

CHIEW LING NA
JK10205/14

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017/2018

PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA
TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA

CHIEW LING NA

Laporan projek tahun akhir yang diserahkan kepada Pusat Pengajian Pendidikan
Jarak Jauh, sebagai memenuhi sebahagian syarat untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana
Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi), Universiti Sains Malaysia

2017/2018

PENGHARGAAN
Pertam sekali, saya berasa amat bersyukur kepada Tuhan ke atas rahmat,
nikmat, pertolongan dan petunjuk-Nya di dalam memberi keizinan dari segi
keupayaan dan kemampuan untuk saya menyiapkan projek tahun akhir ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya terutamnya kepada Dr. Ku’
Azam Tuan Lonik diatas tunjuk ajar yang tak terhingga nilainya dan hanya Tuhan
sahaja yang mampu membalasnya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan,, Profesor-Profesor, Doktor, Pensyarah dan
semua warga Pusat Pengajian Jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Saya amat
berterima kasih di atas bimbingan, bantuan dan dorongan yang tak terhingga yang
diberikan kepada saya sepanjang tempoh pembelajaran saya di Universiti Sains
Malaysia.
Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan
terima kasih yang tulus ikhlas kepada keluarga dan rakan-rakan saya terutamanya
rakan sekerja saya atas sokongan mereka yang henti-henti dan memahami keperluan
masa saya dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.

Chiew Ling Na

i

BORANG AKUAN KEASLIAN

Adalah saya ………………………………………………………………………

No Kad Pengenalan : ……………………………mengakui bahawa kerja-kerja
penyelidikan dan penghasilan Laporan Projek Tahun Akhir ini adalah dilakukan
sendiri oleh saya dan bahawasanya tidak ada bahagian daripada Laporan Projek
Tahun Akhir ini diambil/ditiru/di ceduk daripada mana-mana penulisan terdahulu.

Nama pelajar: …………………………… Tandatangan pelajar:

No. Matrik: ………………………………

Saksi:

(Tandatangan dan cop penyeli) …………………………………

(Nama penyelia) …………………………………

(Tarikh) …………………………………

ii

KANDUNGAN
PENGHARGAAN………………………………………………………………..i
AKUAN KEASLIAN…………………………………………………………….ii
KANDUNGAN……………………………………………………………………iii
SENARAI JADUAL.…………………………………………………………….iv
SENARAI RAJAH.………………………………………………………………v
SENARAI SINGKATAN………………………………………………………..vi
ABSTRAK………………………………………………………………………….Erro
r! Bookmark not defined.ii
ABSTRACT……………………………………………………………………….Erro
r! Bookmark not defined.ii
BAB 1 :
PENDAHULUAN..……………………………………………………….Error!
Bookmark not defined.
1.1
Pengenalan…..………………………………………………………………….Error!
Bookmark not defined.
1.2 Sejarah Pelaburan Langsung Asing di Malaysia……………………………….3
1.3 Struktur FDI di Malaysia……………………………………………………………………5
1.4 Pernyataan Masalah………………………………………………………………………….7
1.5 Objektif Kajian……………………..………………………………………….8
1.6 Kepentingan Kajian.…………………………………………………………..8
BAB 2 : SOROTAN KARYA…..………………………………………………….9
2.1 Pendahuluan……………………………………………………………………9
2.2 Sorotan Karya………………………………………………………………….10
2.2.1 Pelaburan Langsung Asing(FDI)…………………………………………..10
2.2.2 FDI dan Gunatenaga………………………………………………………..11
2.2.3 Hubungan FDI dan KDNK…………………………………………………13
2.3 Ringkasan……………………………………………………………………….13
BAB 3 :METODOLOGI KAJIAN………………………………………………..14
3.1 Pendekatan Kajian……………………………………………………………..14
3.2 Data Kajian…………………………………………………………………….15
BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN……………………………………16
4.1 Dapatan Kajian…………………………………………………………………16

4.2 Perbincangan……………………………………………………………………24
BAB 5 : KESIMPULAN……………………………………………………………26
RUJUKAN………………………………………………………………………….27

iii
SENARAI JADUAL
Tajuk muka surat
Jadual 1 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan
dari tahun 1990 – 2016. 6
Jadual 2 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam negeri-negeri
di Malaysia. 18
Jadual 3 : Kadar peratusan pelaburan langsung asing daripada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 24

iv
SENARAI RAJAH

Tajuk muka surat
Rajah 1 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam subsektor
sektor pembuatan. 21
Rajah 2 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing
negeri-negeri di Malaysia dari tahun 1990-2016 23
Rajah 3 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing
negeri-negeri di Malaysia dari tahun 1990-2016 24

v
SENARAI SINGKATAN

FDI foreign direct investment / pelaburan langsung asing
MIDA Malaysia Investment Development Authority / Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
AS Amerika Syarikat
E & E Elektrik dan Elektronik

vi
ABSTRAK
Pelaburan Langsung Asing (FDI) memainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tumpuan
utama kertas kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara Pelaburan
Langsung Asing (FDI) dan gunatenaga sektor pembuatan di Malaysia dalam tempoh
masa 26 tahun sebagai tahun kajian iaitu dari tahun 1990 sehingga 2016.. Faktor lain
seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia turut dibincangkan dalam
kajian ini. Semua data yang digunakan untuk menjalankan kajian ini diperolehi
daripada data sekunder daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan MIDA dengan
menggunakan analisis deskriptif iaitu kaedah analisis siri masa berdasarkan data
yang sedia ada. Berdasarkan penemuan dalam kertas kajian ini menunjukkan FDI dan
pertumbuhan dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah bebas. Memandangkan
FDI boleh mencapai pertumbuhan hanya jika negara tuan rumah mempunyai tenaga
buruh yang mantap dan berkemahiran tinggi, oleh kerana itu kerajaan perlu memberi
tumpuan kepada peranan potensi terperinci yang FDI dapat berinteraksi dengan
modal insan dalam rangka untuk mempengaruhi perkembangan masa depan sektor
pembuatan yang positif di Malaysia.

vii
ABSTRACT
Foreign Direct Investment (FDI) plays an important role in accelerating the
development and growth of the Malaysian economy. The main focus of this paper is
to analyze the relationship between Foreign Direct Investment (FDI) and
manufacturing sector in Malaysia over a period of 26 years as a year of study from
1990 to 2016. Other factors such as gross domestic product (GDP) in Malaysia are
also discussed in this study. All the data used to carry out this study was obtained
from secondary data from the Department of Statistics, Malaysia and MIDA by using
descriptive analysis ie time series analysis based on existing data. Based on the
findings in this study paper, FDI and growth in the manufacturing sector in Malaysia
are free. Given that FDI can achieve growth only if the host country has a strong and
skilled labor force, therefore the government should focus on the potential potential
role that FDI can interact with human capital in order to influence the future
development of the positive manufacturing sector in Malaysia .

viii

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelaburan langsung asing (PLA) atau lebih dikenali sebagai Foreign Direct
Investment(FDI) adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti
kilang,lombong dan tanah. Terdapat tiga komponen utama dalam FDI iaitu
modal ekuiti, perolehan yang dilaburkan semula dan modal lain khususnya urus
niaga pinjaman antara syarikat. Menurut Bank Dunia (1996), pelaburan
langsung asing (FDI) ditakrifkan sebagai pelaburan yang dibuat untuk
memperoleh atau mengekalkan kepentingan pengurusan yang berkekalan dalam
sebuah syarikat perniagaan yang beroperasi di luar negara. Saham biasa
minimum atau pengundian keperluan stok ialah 10%. Selain itu, menurut BPM5
Manual Imbangan Pembayaran: Edisi Kelima (BPM5) (Washington, DC,
Tabung Kewangan Antarabangsa, 1993), FDI merujuk kepada pelaburan yang
dibuat untuk memperoleh kepentingan berkekalan dalam perusahaan yang
beroperasi di luar ekonomi pelabur. BPM5 turut mencadangkan ambang 10
peratus pemilikan ekuiti untuk melayakkan pelabur sebagai pelabur langsung
asing. Pelaburan langsung asing (FDI) adalah pelaburan dalam perniagaan oleh
pelabur dari negara lain yang mana pelabur asing mempunyai kawalan terhadap
syarikat yang dibeli. Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan
(OECD) mendefinisikan kawalan sebagai memiliki 10% atau lebih dari
perniagaan. Perniagaan yang membuat pelaburan langsung asing sering disebut

multinational corporation (MNC) atau perusahaan multinasional (MNE).
Sesebuah perusahaan multinasional (MNE) adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di
lebih dari satu negara atau yang berfungsi di lebih dari satu negara.
1
Pelaburan langsung asing memainkan peranan penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, peningkatan dalam pelaburan asing boleh
dijadikan satu ukuran pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Fenomena
pelaburan asing terhasil daripada globalisasi yang melibatkan integrasi sistem
ekonomi domestik dan pasaran global. Ianya dapat dicapai melalui pembukaan
sektor ekonomi untuk pelabur asing menubuhkan perniagaan di dalam ekonomi
domestik. Inisiatif yang menarik telah diambil oleh pelbagai negara sejak dua
dekad yang lalu untuk menggalakkan ekonomi negara mereka sebagai salah satu
destinasi pelaburan langsung asing. FDI merupakan salah satu aktiviti
multinasional sesebuah syarikat. Walaupun pada tahap yang paling asas
pelaburan langsung asing adalah satu modal yang menyeberangi sempadan
antarabangsa, namun pada hakikatnya isu-isu pelaburan langsung asing ini
adalah rumit. Pelaburan langsung asing ada dasarnya merupakan pakej yang
berpotensi menjadi aset yang akan mencipta aset dimana ianya akan memberi
impak yang besar kepada negara-negara tuan rumah. Bora(2002) menyatakan,
dalam dekad yang lalu terdapat kepentingan ynag besar dalam “Forces for
Globalization”. Daripada jumlah yang dikenalpasti, perdagangan barangan dan
perkhidmatan antarabangsa dan peningkatan dalam pengeluaran antarabangsa
melalui syarikat multinasional telah dikenalpasti sebagai faktor yang penting.
Pada tahun 2016, aliran masuk bersih FDI di Malaysia adalah sebanyak RM47.2
bilion berbanding dengan RM5.1 billion pada tahun 1990. Malah, kadar

pertumbuhan tahunan pelaburan langsung asing sepanjang dekad yang lalu
melebihi pertumbuhan perdagangan barangan dan perkhidmatan antarabangsa.

2
Dalam konteks Malaysia, dasar yang dilaksanakan akan dipastikan agar terus
menyokong kemasukan pelaburan asing yang baru dan menjadikan Malaysia
terus kekal sebagai destinasi pilihan syarikat daripada luar negara yang datang
untuk mencaripeluang pelaburan di rantau Asia. Di antara inisiatif dasar yang
dilakukan oleh Malaysia adalah seperti satu siri perjanjian Jaminan
Pelaburan(IGA), insentif cukai dan bukan cukai, meningkatkan proses
pentadbiran dn sistem serahan awam, mengurangkan kos perniagaan dan
liberalisasi sektor secara berperingkat. Keutamaan juga diberikan kepada
komitmen terhadap dasar ekonomi yang kukuh. Aliran sebenar FDI Malaysia
dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau lebih dikenali
sebagai Malaysian Investment Development Authority(MIDA) dan Jabatan
Perangkaan Malaysia dalam akaun kewangan imbangan pembayaran yang
disiarkan setiap suku tahun. Data MIDA adalah merujuk kepada pelaburan
sebenar yang dilaburkan di Malaysia di dalam semua sektor.
1.2 Sejarah pelaburan langsung asing di Malaysia
Pelaburan Langsung Asing (FDI) memainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Khususnya, negara-negara membangun yang bergantung kepada FDI untuk
mempromosikan ekonomi mereka kerana mereka menghadapi kekurangan
modal untuk mereka proses pembangunan FDI bukan sahaja membawa masuk
modal dan menghasilkan limpahan teknologi, tetapi juga membantu dalam

pembentukan modal insan yang berkemahiran ke negara-negara membangun.
Sejak dua dekad yang lalu, Malaysia telah menerima banyak pelaburan

3
langsung asing. Walaupun jumlah pelaburan asing pada umumnya meningkat
pada tahun-tahun yang lalu. Strategi perindustrian di Malaysia mula
dipergiatkan selepas negara mencapai kemerdekaan dan sekarang ini menjadi
usaha menuju ke arah negara perindustrian maju pada tahun 2020 merupakan
tumpuan utama negara. Penyertaan modal asing dalam sektor perindustrian
pembuatan semakin penting sejak pengenalan Ordinan Industri Perintis pada
tahun 1958, Akta Galakan Pelaburan 1968 dan Akta Zon Perdagangan Bebas
pada tahun 1971. Daya tarikan Akta Galakan Pelaburan dan Zon Perdagangan
Bebas amat meluas, disamping dasar kerajaan dan suasana politik yang stabil
dan infrastruktur yang baik telah menarik pelaburan asing secara besar-besaran
sejak penghujung dekad 1980-an (Anuwar & Rasiah. 1996). Peningkatan ini
juga telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa ekonomi yang membabitkan
Jepun dan Negara Perindustrian Baru (NPB) Asia. Namun sejak awal 1990-an,
terdapat beberapa tempoh perlambatan yang berlaku ke atas pelaburan asing di
Malaysia. Pada tahun 1993 FDI jatuh secara drastik disebabkan oleh
perlambatan pelaburan dari dua sumber utama pelaburan untuk Malaysia iaitu
Jepun dan Taiwan. Salah satu sebab utama kelembapan ini adalah kenaikan
kadar upah di Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain
seperti Vietnam dan Indonesia. Pelaburan dari Amerika Syarikat agak stabil
kerana sebahagian pelaburannya adalah dalam sektor petroleum dan petroleum
tidak terjejas oleh kenaikan upah dalam sektor perkilangan. Krisis mata wang

tahun 1997 yang menjejaskan hampir semua negara di Asia Tenggara juga
mengurangkan jumlah pelaburan ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pelaburan

4
dari Amerika Syarikat juga tidak terjejas. Selain itu, susut nilai Ringgit
Malaysia yang drastik berbanding dengan Dolar AS juga mengakibatkan
peningkatan dalam nilai pelaburan tersebut.
1.3 Struktur FDI di Malaysia
Dari segi industri, penerima utama FDI dalam tempoh 20 tahun yang lepas
adalah elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk petroleum
termasuk petrokimia, pembuatan makanan, produk logam asas dan percetakan
kertas dan pelbagai kelebihan ekonomi ke atas lokasi tumpuan pelabur,
terutamanya pelaburan langsung asing. Sejak tahun 1970-an, didapati bahawa
negeri maju seperti Selangor telah menjadi pelabur utama dan menjadi lebih
penting selepas tahun 2001. Berikutan peningkatan dalam pelaburan langsung
asing global serta peningkatan keyakinan pelabur, Malaysia kekal menjadi
destinasi pelaburan yang menarik walaupun persaingan amat sengit daripada
ekonomi sedang pesat membangun lain. Di samping itu, Malaysia sebagai
destinasi pelaburan dijangka terus kukuh dengan peningkatan kedudukan
Malaysia dalam pelbagai penanda aras perniagaan global. Malaysia menduduki
tempat ke-7 penerima FDI di Asia dengan mencatatkan aliran masuk FDI bersih
sebanyak RM17.2 bilion pada separuh masa pertama iaitu Januari sehingga Jun
2014 berbanding Januari sehingga Jun 2013 iaitu sebanyak RM17.7 bilion
dengan 10.5% daripada pelaburan dalam sektor pembuatan. Dalam The World
Bank’s Doing Business Report 2014, Kedudukan Malaysia meningkat kepada

kedudukan ke-6 dari posisi ke-12 pada 2013, menjaringkan kredit pada
kedudukan pertama, melindungi pelabur yang ke-4 dan yang ke-5 dalam
melakukan perdagangan melintasi sempadan .
5
Tambahan pula, kedudukan Malaysia juga meningkat ke tangga ke-15 dari
kedudukan ke-25 dalam Pelaburan Langsung Asing 2014 Indeks Keyakinan
oleh A.T. Kearney. Malaysia juga meningkat ke kedudukan ke-12 dari 15 dunia
IMD 2014. Dalam Competitiveness of Book Year, Malaysia mencatatkan
kecekapan perniagaan ditempat yang ke-5, prestasi ekonomi yang ke-9,
kecekapan kerajaan pada tempat ke-15 dan infrastruktur di tempat yang ke-25.
Tambahan pula, Laporan Daya Saing Global 2014-2015 menduduki ranking
Malaysia di antara 20 teratas ekonomi berdaya saing daripada 144 buah negara
yang dikaji.
Jadual 1 : Jumlah pelaburan asing dalam sektor pembuatan dari tahun
1990-2016

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA

6
1.4 Peryataan masalah
Bagi Malaysia, FDI sangat digalakkan untuk membantu dalam mencapai
pertumbuhan ekonomi yang mampan, memperbaiki keadaan pekerjaan,
mempercepatkan pemodenan dan meningkatkan taraf hidup masyarakatnya. Dalam
era globalisasi dan liberalisasi, aktiviti perdagangan dan pelaburan berkembang
pesat, yang membawa kepada peningkatan hubungan pelbagai hala antara Malaysia
dan negara-negara lain tidak kira tahap pembangunan mereka. Ianya berkait rapat
dengan globalisasi dan hubungan diantara negara-negara yang menjalankan
perdagangan antarabangsa. Dari perspektif global, hubungan antara FDI dan
pertumbuhan ekonomi dari segi kestabilan pertumbuhan ini merupakan
pertimbangan utama kerana negara-negara tuan rumah menilai perdagangan mereka Jumlah Pe laburan(RM )
23,550,852,407
2,736,851,185
69,763,582,150
114,510,136,423
9,873,355,474
1,752,725,514
12,513,921,825
1,010,496,126
3,240,779,528
8,734,467,733
4,032,073,961
9,990,917,415
10,057,513,267
14,490,188,268
7,073,790,850
6,328,953,130
6,642,014,470
6,433,435,140
4,343,766,357
Basic Metal Products
Beverages ; Tobacco
Chemical ; Chemical Products
Electronics ; Electrical Products
Fabricated Metal Products
Food Manufacturing
Furniture ; Fixtures
Leather ; Leather Products
Machinery ; Equipment
Miscellaneous
Non-Metallic Mineral Products
Paper,Printing ; Publishing
Petroleum Products (Inc. Petrochemicals)
Plastic Products
Rubber Products
Scientific ; Measuring Equipment
Textiles ; Textile Products
Transport Equipment
Wood ; Wood Products
Sub indus tri dalam s e ktor pe mbuatan

dengan kemasukan pelaburan asing. Ini telah dipertimbangkan dalam konteks
prestasi jangka panjang. Hasil hujah daripada Romer(1993) menyatakan bahawa
jurang idea telah menahan pertumbuhan ini daripada berlaku di pasaran baru muncul.
Sekiranya jurang idea telah menghalang pertumbuhan, FDI boleh mendorong dalam
pembangunan proses. Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk
mengetahui peranan pelaburan langsung asing dalam pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Perkembangan FDI dalam ekonomi dapat dilihat melalui Keluaran Dalam
Negara Kasar(KDNK). Persoalannya adakah FDI menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negeri-negeri di Malaysia berdasarkan KDNK negeri-negeri
di Malaysia. Selain itu, adakah dengan jumlah FDI yang rendah yang diterima di
sesetengah negeri mengakibatkan negeri tersebut lebin mundur daripada negeri-
negeri yang menerima jumlah FDI yang lebih tinggi. Ini adalah amat penting bagi
7
negara yang sedang membangun seperti Malaysia dan ianya perlu dikaji secara
berterusan agar pelabur dari luar akan tetap melabur walaupun dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu.
1.5 Objektif Kajian
Objektif utama dalam kajian ini adalah:
a) Untuk mengetahui negeri yang menerima sumbangan FDI paling banyak.
b) Untuk mengkaji sumbangan FDI kepada gunatenaga negeri-negeri di
Malaysia.
c) Mengkaji industri yang banyak mendapat manfaat dari FDI.
1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian dapat dilihat dari segi:
i. Tempoh kajian yang lebih terkini berbanding dengan kajian-kajian yang lepas
dengan menggunakan data-data yang terkini dimana satu analisis data yang
lebih relevan dan terkini dapat dikenalpasti.
ii. Dapat membuat perbandingan dan menilai pertumbuhan ekonomi negeri yang
mendapat sumbangan FDI paling banyak dengan negeri yang mendapat
sumbangan FDI yang sedikit.

8
BAB 2 : SOROTAN KARYA
2.1 Pendahuluan
Bahagian ini bermula dengan menyediakan pengenalan dan hujah tentang
mengapa meningkatkan ‘produktiviti buruh’ adalah penting bagi firma domestik di
negara-negara membangun dan peranan yang boleh dimainkan oleh FDI.
Pembentangan hujah-hujah teoritis yang berbeza dan penemuan empirikal pada
limpahan kesan perusahaan asing juga terdapat dalam bahagian ini.
Pelaburan langsung asing boleh ditakrifkan sebagai pemilikan atau kawalan
dalam syarikat asing dimana 10% atau lebih sekuriti dalam syarikat. FDI
memerlukan teknologi baru, kapita dan kemahiran pengurusan. Disamping itu, FDI
membolehkan syarikat yang terlibat dalam penawaran penting barang-barang yang

boleh dikomsumsikan ke pasaran dan perkhidmatan kepada rakyat untuk mempunyai
kestabilan dan kepastian dalam usaha memacu ekonomi yang berterusan sepanjang
masa yang akan datang. Terdapat dua jenis FDI iaitu yang mendatar dan menegak
dimana kedua-duanya menyumbang untuk mengekalkan dan membawa kestabilan
ekonomi dan juga menawarkan peluang pekerjaan kepada dalam sektor ekonomi
tuan rumah. Syarikat dalam FDI secara mendatar mahu mengambil kesempatan
daripada platfom antarabangsa dengan menjual barangan dan perkhidmatan mereka
di seluruh dunia dengan bantuan globalisasi dan pelaburan langsung asing. Ianya
menyediakan platfom kepada syarikat-syarikat untuk mempamerkan kelebihan
mereka dan pada masa yang sama mengambil peluang untuk meningkatkan kekayaan
mereka dalam negara domestik. FDI mendatar ini merupakan model tradisional yang
diikuti oleh negara Jepun dalam mengembangkan perniagaan mereka kerana mereka
9
percaya yang model ini mempunyai kelebihan tertentu. Ia juga membantu mereka
dalam mengurangkan risiko dan berkongsi sumber mereka yang telah dibangunkan
oleh mereka di negara tuan rumah. Terdapat sesetengah syarikat yang masuk ke
dalam FDI menegak adalah untuk mengurangkan kos bahan mentah yang digunakan
oleh mereka sendiri ataupun pembekalan beberapa komponen penting.
2.2 Sorotan Karya
2.2.1 Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Terdapat banyak definisi Pelaburan Langsung Asing (FDI), tetapi definisi yang
paling diterima adalah daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Menurut
WTO, pelaburan langsung asing dianggap sebagai apa-apa pelaburan yang di mana

pelabur dari suatu negara melabur di negara asing di Malaysia penciptaan aset atau
harta perusahaan, dengan hak untuk mengawal perniagaannya.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Yao dan Wei(2007) telah menyampaikan dan
menguji kaji dua cadangan mengenai FDI dalam pertumbuhan ekonomi bagi
ekonomi perindustrian baru. Pertama, FDI merupakan faktor peningkatan kecekapan
pengeluaran kerana ianya membantu dalam mengurangkan jurang di antara tingkat
produksi sebenar dan perbatasan produksi yang mantap. Kedua, FDI mempunyai
kelebihan dalam teknologi dan pengetahuan dimana ia membantu dalam peralihan
sempadan pengeluaran negara dosmetik. FDI adalah pemacu pertumbuhan ekonomi
yang hebat dalam membantu pembangunan ekonomi perindustrian baru bersaing
dengan negara-negara maju di dunia. Ianya adalah kerana peranan FDI sebagai
penggerak kecekapan pengeluaran dan peralihan sempadan pengeluaran.
10
2.2.2 FDI dan Gunatenaga
Pelaburan langsung asing yang terdapat di Malaysia turut menyumbang pada
pertumbuhan dalam pekerjaan. Apabila syarikat asing mula beroperasi, mereka
biasanya mengupah orang terutamanya jika pelaburan adalah greenfield, iaitu jika
kemudahan baru dibuat dan jika pengeluaran memerlukan lebih banyak tenaga kerja,
maka memerlukan banyak orang. Selalunya, syarikat tempatan menjadi pembekal
tenaga kerja kepada pelabur asing yang baru dan secara tidak langsung mereka juga
meningkatkan peluang pekerjaan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Li dan Liu
(2005), dengan menggunakan data panel daripada 84 negara untuk menyiasat
pengaruh FDI mengenai pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kajian itu
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, hubungan yang lebih kuat telah diekstrak apabila FDI berinteraksi dengan
modal insan. Alasan mereka ialah modal insan yang lebih tinggi dan kuat modal akan
menimbulkan keupayaan penyerapan yang lebih baik disebabkan sifat pelengkap FDI
dan modal insan, dan ianya adalah penting bagi negara-negara membangun. Hayami
and Godo(2005), dalam kajian yang dilakukan oleh mereka menyatakan untuk
mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, salah satu isu utama bagi negara-
negara membangun adalah untuk mendapatkan modal asing yang mencukupi untuk
melepaskan diri dari lingkaran tabungan yang rendah dan pertumbuhan ekonomi
yang rendah. Melalui pelaburan langsung asing (FDI), negara-negara tuan rumah
bukan sahaja dapat memperoleh modal yang diperlukan, tetapi juga memperoleh
kemahiran teknologi, pengurusan dan pemasaran. Inilah sebabnya mengapa ramai
ahli akademik dan pembuat dasar menumpukan kepada kesan FDI terhadap
produktiviti syarikat domestik. Selain daripada dapat membantu dalam pertumbuhan
11
ekonomi negara tuan rumah, FDI juga dilihat dapat membantu dalam memberi
peluang pekerjaan serta kemahiran kepada negara tuan rumah. Dalam kajian Aitken
dan Harrison(1999) menyatakan bahawa perusahaan asing mungkin memainkan
peranan mereka sendiri dalam pembangunan modal insan pada umumnya dan
produktiviti pekerja khususnya. Dalam hujah Cuyvers et al(2008), menyatakan
apabila syarikat multinasional memutuskan untuk melabur di negara-negara
membangun, ia dijangkakan akan membawa modal dan aset tak ketara yang. Di
samping itu, produktiviti pekerja negara tuan rumah adalah dijangkakan akan
meningkat apabila mereka menerima latihan atau mengumpul pengalaman semasa
bekerja dengan syarikat multinasional. Apabila para pekerja ini bergerak ke firma
domestik, mereka membawa beberapa pengetahuan diperoleh daripada perusahaan

multinasional. Karlsson et al (2009) menggunakan Data FDI dalam pelbagai kategori
firma pembuatan di China dari tahun 1998 hingga 2004 menilai kesan FDI ke atas
pekerjaan langsung dan tidak langsung. Mereka menyatakan bahawa firma asing dan
swasta domestik mempunyai pertumbuhan pekerjaan yang agak tinggi. Pertumbuhan
tinggi firma asing ini disebabkan oleh firma yang menguntungkan mempunyai ciri-
ciri seperti intensiti modal dan produktiviti yang tinggi dan kadar survival yang agak
tinggi yang dimiliki oleh firma milik asing. Mengenai kesan tidak langsung, analisis
empirikal mendapati kesan positif FDI ke atas milik swasta firma, mungkin kerana
limpahan dan kesan pembelajaran atau demonstrasi adalah lebih penting daripada
kesan persaingan.

12
2.2.3 Hubungan FDI dan KDNK
Chowdhury dan Mavrotes (2006), dalam kajian mereka mengkaji kaitan di antara
FDI dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan kajian Toda-Yamamoto untuk
tiga negara yang membangun iaitu Chile, Thailand dan Malaysia. Di dalam kajian
mereka dapati terdapat kuasa yang tidak langsung dari Keluaran Dalam Negara
Kasar(KDNK) kepada FDI di Chile dan bukti yang kukuh mengenai kaedah dua arah
di Thailand dan Malaysia. Choong (2012), dalam kajian terbarunya mengkaji
berkenaan hubungan FDI dan pertumbuhan negara dan mendapatkan bukti baharu
yang mengesahkan pembangunan kewangan domestik adalah sebagai prasyarat
untuk merealisasikan kesan pertumbuhan FDI yang positif. Selain itu, Azman,Saini

et al. (2010) dalam kajian mereka secara empirikalnya menyediakan bukti
mengatakan bahawa pembangunan kewangan yang berfungsi dengan baik akan
menyebabkan hubungan FDI dan pertumbuhan ekonomi menjadi positif melalui
keupayaan negara yang tinggi dalam merealisasikan kesan pertumbuhan yang positif
daripada limpahan FDI.
2.3 Ringkasan
Umumnya, berdasarkan kajian kes FDI dan pertumbuhan ekonomi yang telah
dibuat sebelum ini jelas bahawa FDI mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam
memacu ekonomi negara. FDI mempunyai kesan yang amat menggalakkan ke atas
pertumbuhan ekonomi negara penerima pelaburan. Pelbagai kajian telah dilakukan
mengenai kepentingan FDI dalam memacu ekonomi sesebuah negara. Jelas sekali
bahawa FDI memainkan peranan yang amat penting bagi sesebuah negara yang
sedang dan ingin maju.
13
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendekatan Kajian
Persekitaran semulajadi dari kajian analitik mencirikan keadaan penting yang
akan menentukan metodologi penilaian yang paling sesuai dilaksanakan. Apabila
mempelajari sains sosial dan bidang berkaitan yang berkaitan dengan pembangunan
sosial dan ekonomi secara keseluruhan, penerokaan cenderung menjadi mencabar.
Seperti yang dicatat oleh Torraco (2004), kajian mengenai pembangunan aset paling
berharga dan paling rumit dari mana-mana firma (sumber manusia) memerlukan
metodologi dan pendekatan tertentu. Kesukaran mempunyai kecenderungan untuk

naik sementara mengambil kira pelbagai hasil. Kecekapan FDI dan kajian pelaburan,
yang dikaitkan dengan penduduk dan budaya tempatan negara penerima, serta
pembangunan budaya entiti pelaburan, memberikan bukti yang relevan mengenai
tahap kejayaan atau kegagalan program pembangunan ekonomi. Walau
bagaimanapun, ini mengambil kira beberapa atau beberapa objektif yang mungkin
penting ketika menilai impak keseluruhan pelaburan tertentu dalam pembangunan
ekonomi keseluruhan. Kajian ini adalah bersifat deskriptif di mana trend hubungan
antara Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan gunatenaga sektor pembuatan di
Malaysia dalam tempoh masa 26 tahun sebagai tahun kajian iaitu dari tahun 1990
sehingga 2016 dikaji. Faktor lain seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) di
Malaysia turut dibincangkan dalam kajian ini.

14
3.2 Data Kajian
Bagi mencapai objektif-obejktif dalam kajian ini, data yang digunapakai adalah
data sekunder daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan
Jabatan Perangkaan Malaysia. Data-data adalah berdasarkan kepada maklumat
pengkalan data yang dicapai pada bahagian jumlah pelaburan asing dan jumlah
gunatenaga. Selain itu, datan keluaran dalam negera kasar turut digunakan.
3.3 Analisis Kajian

Bagi menjawab objektif-objektif penyelidikan, analisis akan dijalankan secara
deskriptif iaitu melalui analisa kekerapan, peratusan dan dibentangkan dalam bentuk
jadual dan graf. Data dari pengkalan data MIDA dan Jabatan Perangkaan Malaysia
akan digunakan bagi mengenalpasti perkara-perkara berikut:
i. Jumlah pelaburan yang dilaburkan dalam sektor kedua iaitu sektor
pembuatan.
ii. Jumlah gunatenaga yang disumbangkan melalui pelaburan FDI
iii. Kadar kdnk yang berkait

15
BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 DAPATAN KAJIAN
Selaras dengan peningkatan perniagaan dalam pelaburan domestik ekosistem,
sektor pembuatan terus menarik pelaburan domestik dan asing dengan pelaburan
yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
berjumlah RM114 bilion dalam tempoh 27 tahun dari tahun 1990-2016. Sumber
utama pelaburan asing berasal dari Jepun, China, Jerman dan Singapura yang mana

bersama menyumbang 79.4% daripada jumlah pelaburan asing. Sementara itu,
pelbagai inisiatif perniagaan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk menarik
pelaburan swasta menghasilkan keputusan positif.
Negeri penerima utama dan paling banyak kemasukkan FDI dalam tempoh 26
tahun yang lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga tahun 2016 adalah negeri Johor
sebanyak RM 64 bilion,diikuti dengan negeri Selangor sebanyak RM 59bilion, Pulau
Pinang sebanyak RM 58bilion dan negeri paling sedikit menerima pelaburan asing
FDI ini adalah negeri Wilayah Persekutuan Labuan iaitu hanya sebanyak RM
31juta.(lihat jadual 2). Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan
(Malaysia, 2006), jurang pembangunan di antara rantau boleh dikenalpasti oleh
Indeks Komposit Pembangunan Negara (PFI), Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) dan pertumbuhan,pendapatan isi rumah dan kadar kemiskinan dan daya
tarikan pelaburan baru dalam sektor perkilangan. Arah aliran pelaburan dilihat lebih
tertumpu kepada negara yang lebih maju daripada negara kurang maju. Negeri-negeri
maju seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka masih menjadi pilihan utama
bagi pelabur tempatan dan pelabur asing. Contohnya, sejumlah 4807 projek
16
perkilangan yang diluluskan pada tahun 2001 hingga tahun 2005 bernilai RM132.4
bilion. Sejumlah RM73.6 bilion atau 55.6 peratus adalah tertumpu di Selangor,
Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Baki 44.4 peratus yang tersebar di sembilan negeri
dan dua wilayah persekutuan yang lain. Dalam kajian Katiman Rostam (2001), dia
mendapati bahawa negara-negara dengan kelebihan daya saing dan menawarkan
pelbagai kelebihan ekonomi ke atas lokasi tumpuan pelabur, terutamanya pelaburan
langsung asing. Sejak tahun 1970-an, dia mendapati lebih banyak lagi negeri maju

seperti Selangor telah menjadi pelabur utama dan menjadi lebih penting selepas
tahun 2001. Syarikat asing boleh memilih kawasan dan mereka akan pergi ke tempat
yang mempunyai prasarana yang baik. Contohnya Pengerang di Johor muncul
dengan pelaburan sebanyak AS$20 bilion (RM89.2 bilion) dalam minyak dan gas.
Ianya merupakan negeri yang menjadi destinasi kegemaran para pelabur asing kerana
Johor merupakan satu negeri yang maju dan mempunyai infrastruktur yang baik.
Selain itu, faktor berjiran dan bersempadan dengan negara maju Singapura juga
merupakan salah satu faktor yang menarik bagi FDI. Terdapat beberapa faktor dan
sebab bagi negeri-negeri yang meraih pelaburan asing terkecil seperti Kelantan,
Perlis, Sabah, Perak dan Labuan. Dianataranya adalah seperti Kelantan yang mana
merupakan salah satu negeri yang kurang maju dari segi prasarana dan infrastruktur.
Manakala Sabah yang berada di bahagian timur Malaysia pula mungkin disebabkan
oleh keadaan muka bumi yang kurang menarik minat pelabur asing untuk membuat
pelaburan. Kebanyakkan pelabur asing membuat keputusan berdasarkan dasar tanah
dan prasarana yang terdapat pada sesebuah negeri tersebut.

17
Jadual 2 : Jumlah Pelaburan Asing Dalam Negeri-negeri Di Malaysia
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA PELABURAN ASING (RM)
JOHOR 64,002,895,622
KEDAH 34,818,109,673
KELANTAN 924,132,409
MELAKA 22,733,435,454
NEGERI SEMBILAN 22,241,466,998
PULAU PINANG 58,619,722,199
PAHANG 17,058,429,959
PERAK 9,268,043,692

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA

Industri elektrik dan elektronik secara konsisten menjadi penerima yang
terbesar(lihat rajah 1). Ia menerima lebih daripada RM9 bilion pelaburan asing pada
tahun puncak 1996. Krisis kewangan tahun 1997 melambatkan aliran masuk dengan
ketara pada tahun 1998. Aliran pelabuan asing dalam sektor dengan jumlah
pelaburan modal yang dicadangkan turut terjejas. Amaun FDI dari segi aplikasi yang
diterima untuk penubuhan projek pembuatan menurun daripada RM14 bilion (AS $ 5
bilion) pada tahun 1997 kepada RM12.6 bilion (US $ 3.2 bilion) pada tahun 1998. Ia
seterusnya menurun kepada RM9 bilion (US $ 2.4 bilion) pada tahun 1999. Walau
bagaimanapun, ia meningkat semula pada tahun 1999 oleh hampir empat kali ganda.
Perlu diingat bahawa sektor produk petroleum tidak secara drastik terjejas oleh krisis
18
mata wang tahun 1997. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa tidak seperti
sektor elektronik di mana komponen sebahagian besarnya diimport dan dengan itu
terdedah kepada susut nilai mata wang, sektor produk petroleum hanya mengimport
modal peralatan. Sektor pembuatan mengalami transformasi yang ketara dengan
penggunaan barangan perkilangan terus melonjak dan kemunculan pasaran yang juga
menjadi semakin canggih. Perubahan teknologi, yang mana inisiatif yang
PERLIS 244,410,865
SABAH 3,646,153,141
SARAWAK 24,399,867,897
SELANGOR 59,042,132,053
TERENGGANU 10,394,915,243
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR 1,217,969,217
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN 31,595,318
JUMLAH KESELURUHAN 328,643,279,740

diperbadankan seperti robot-robot maju, pendigitalan kilang besar-besaran dan
percetakan 3-D bersama dengan pelbagai inovasi tenaga, telah meningkat.
Sebanyak 733 projek perkilangan dengan pelaburan bernilai RM58.5 bilion telah
diluluskan pada tahun 2016 berbanding dengan 680 perkilangan projek dengan
pelaburan RM74.7 bilion pada 2015. Di tengah-tengah risiko dan ketidakpastian di
peringkat global, pelabur tetap yakin Malaysia menjadi destinasi pelaburan asing
yang berdaya maju. Pelaburan asing pada tahun 2016 berjumlah kepada RM27.4
bilion dan diambil kira untuk 46.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan
yang diluluskan untuk tahun. Baki RM31.1 bilion datang dari pelaburan dalam
negeri. Produk petroleum termasuk petrokimia mencatatkan pelaburan tertinggi yang
diluluskan pada tahun 2016 iaitu berjumlah RM15.3 bilion. Ini diikuti oleh produk
E ; E berjumlah RM9.2 bilion, produk asas logam berjumlah RM5.0 bilion,
peralatan pengangkutan berjumlah RM4.8 bilion, gas asli berjumlah RM3.6 bilion,
pembuatan makanan berjumlah RM3.3 bilion, kimia dan produk kimia berjumlah
RM3.1 bilion dan produk bukan logam berjumlah RM3.0 bilion. Lapan industri ini
menyumbang RM47.9 bilion atau 81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan
pelaburan yang diluluskan. Projek pelaburan asing yang diluluskan di sektor

19
pembuatan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM27.4 bilion. Daripada jumlah
RM27.4 bilion projek yang diluluskan, RM10.3 bilion atau 37.6 peratus adalah
dalam projek baru manakala baki RM17.1 bilion atau 62.4 peratus adalah dalam
pengembangan ataupun kepelbagaian projek. Produk E ; E menyumbang jumlah
terbesar pelaburan asing iaitu berjumlah RM7.9 bilion. Industri lain yang mempunyai

tahap pelaburan asing ysng tinggi adalah produk petroleum termasuk petrokimia
berjumlah RM5.6 bilion, produk logam asas berjumlah RM2.2 bilion dan produk
bukan berjumlah RM1.9 bilion. Pada tahun 2016, Republik Rakyat China (PRC)
adalah yang penyokong pelaburan paling kuat dalam sektor pembuatan di Malaysia
dengan sumbangan pelaburan sebanyak RM4.8 bilion, diikuti oleh Belanda dengan
pelaburan RM3.2 bilion. Sumber utama pelaburan asing lain pada tahun 2016 adalah
Jerman dengan jumlah pelaburan RM2.6 bilion, United Kingdom berjumlah RM2.6
bilion, Korea berjumlah RM2.2 bilion dan Singapura berjumlah RM2.1 bilion. Ini
merupakan enam buah negara yamg menyumbang bersama untuk 63.9 peratus dari
jumlah keseluruhan asing pelaburan yang diluluskan semasa tempoh itu.

20

Rajah 1 : Jumlah Pelaburan asing Dalam Subsektor Sektor Pembuatan
Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Dari segi pekerjaan, sektor pembuatan menyumbang 16.4% kepada jumlah
pekerjaan. Jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan pada bulan
November 2014 adalah 1,030,383 orang, peningkatan sebanyak 0.1% berbanding
dengan bulan sebelumnya. Sementara itu, berdasarkan tahun ke tahun, jumlah
pekerja meningkat sebanyak 1.5% atau 15,036 orang berbanding 1,015,347 orang
pada November 2013 (Jabatan Perangkaan 2014). Sektor pembuatan mempunyai
jumlah kekosongan jawatan tertinggi dengan merekodkan sebanyak 259,831
kekosongan daripada 757,031 jumlah kekosongan semasa 8 bulan pertama tahun
2014 berbanding 8 bulan pertama tahun 2013 iaitu 905,882 kekosongan. Walaupun
terdapat pemberhentian yang berlaku, dimana sektor pembuatan mencatat jumlah
pemberhentian tertinggi, iaitu 65% daripada jumlah pemberhentian pekerja yang
berlaku(Jabatan Perangkaan 2015). Di dalam tempoh yang sama, sektor pembuatan

21

turut menyerap sebanyak 13,910 orang pencari kerja. Projek yang diluluskan pada
tahun 2016 telah mencipta peluang pekerjaan untuk 64,120 orang. Daripada jumlah
ini, 13,480 atau 21 peratus berada dalam bahagian pengurusan, teknikal dan kategori
penyeliaan, 10,844 atau 16.9 peratus berada dalam kategori pekerja mahir dan 11,565
atau 18 peratus adalah jualan, perkeranian dan kategori lain. Kebanyakan peluang
pekerjaan berada dalam industri E ; E dengan 16,260 pekerjaan, diikuti oleh
peralatan pengangkutan sebanyak 7,239 dan produk getah sebanyak 6,916. FDI
dilihat mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan selari dengan jumlah
pelaburan yang dilakukan dalam Malaysia(lihat rajah 3). Menurut Datuk Seri
Mustapa Mohamed. Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
dalam pelancaran seminar Teknologi Automasi dan Pembuatan Pintar 2017, anjuran
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), kira-kira 1 juta rakyat Malaysia
bekerja untuk pelabur asing di negara ini hasil daripada pelaburan langsung asing
yang dilaburkan dalam Malaysia.

22

Rajah 2 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing negeri-negeri di Malaysia

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Manakala dari segi peratusan aliran masuk bersih bagi pelaburan langsung asing
dalam KDNK di Malaysia adalah sebanyak 4.56 pada 2016. Nilai tertinggi sejak 26
tahun yang lalu ialah 8.76 pada tahun 1992, manakala nilai terendah ialah 0.06 pada
tahun 2009(lihat jadual 3 dan rajah 2). Krisis kewangan Asia 1997-1998 sangat
menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebenar menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1997
kepada -7.4 peratus pada tahun 1998. Menjelang tahun 1999, pertumbuhan
meningkat kepada 5.3 peratus.

23
0
50,000
100,000
150,000
200,000
250,000
300,000
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
Millions

JUMLAH GUNATENAGA DAN PELABURAN LANGSUNG NEGERI-
NEGERI DI MALAYSIA DARI TAHUN 1990-2016
PELABURAN LANGSUNG
ASING
GUNATENAGA

Jadual 3 : Kadar % Pelaburan Asing Daripada KDNK
TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK
1990 5.3 1997 5.14 2004 3.51 2011 5.07
1991 8.14 1998 3 2005 2.73 2012 2.83
1992 8.76 1999 4.92 2006 4.73 2013 3.49
1993 7.48 2000 4.04 2007 4.69 2014 3.14
1994 5.83 2001 0.6 2008 3.28 2015 3.33
1995 4.71 2002 3.17 2009 0.06 2016 4.56
1996 5.04 2003 2.92 2010 4.27
Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA

Rajah 3 : Graf Kadar % Pelaburan Asing Daripada KDNK

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA

4.2 PERBINCANGAN
Malaysia merupakan negara ASEAN yang menjadi destinasi pilihan para pelabur
asing melabur adalah disebabkan oleh beberapa faktor-faktor utama. Diantaranya
adalah dasar pelaburan yang liberal dan telus, kos yang kompetitif, rasionalisasi
perkhidmatan awam, insentif pelaburan menarik, lokasi strategik yang berkaitan
24

dengan kedekatan pasaran utama Asia dan kuasa perbelanjaan yang semakin
meningkat. Selain daripada faktor tersebut, terdapat juga faktor dari segi tenagakerja
seperti tenagakerja yang boleh berbahasa inggeris dan pekerja berkemahiran tinggi,
kos tidak langsung buruh adalah rendah daripada sesetengah negara dan tenagakerja
rakyat malaysia mempunyai kompetensi operasi yang lebih tinggi untuk
membolehkan syarikat mempertingkatkan pengeluaran dengan cepat dan membuat
perubahan untuk memenuhi kehendak pasaran. Manakala MIDA turut memainkan
peranan iaitu mereka menubuh dan menstrukturkan MIDA-Academia-Industri bagi
memberi perkhidmatan keperluan modal insan, mewujudkan pusat data graduan bagi
memenuhi kehendak pelabur dan komplikasi pusat data program perkembangan
bakat serta terus bekerjasama dengan Talent Corporation bagi mengenal pasti sektor-
sektor tertentu yang memerlukan bakat berkemahiran.

25

BAB 5 : KESIMPULAN
Pelaburan langsung asing terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan
ekonomi Malaysia terutamanya negeri-negeri yang ingin membangun dalam
Malaysia. Selain itu, didapati FDI turut memainkan peranan penting dalam
merangsang pertumbuhan dalam sektor pembuatan negeri-negeri di Malaysia. Ini
amat jelas sekali dalam sektor pembuatan terutamanya industri elektrik dan
elektronik. Selain daripada meningkatkan ekonomi negara, pelaburan langsung asing
juga mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negeri-negeri penerima
FDI, syarikat multinasional asing juga telah menyumbang kepada pembangunan
keupayaan teknikal penduduk tempatan. Ini adalah melalui proses pemindahan
teknologi. Kaedah utama yang dilakukan oleh proses ini adalah melalui hubungan
yang ditubuhkan antara syarikat multinasional dan milik tempatan pembekal dan
melalui proses membangunkan kemahiran rakyat Malaysia yang bekerja di
multinasional. Di samping itu, kajian turut menunjukkan kemajuan dari segi buruh
ataupun tenaga kerja dan teknologi telah menyumbang secara positif kepada
pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Secara keseluruhan, memandangkan FDI
semakin penting, hala tuju dasar yang memberi tumpuan kepada modal insan,
meningkatkan produktiviti dan keupayaan inovatif sektor pembuatan dan
mengukuhkan industri dan institusi sokongan adalah dicadangkan. Disamping itu,
ianya boleh digunakan sebagai salah satu strategi dalam mempromosikan dan
menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi FDI.

26

RUJUKAN
Aitken, B. and A. Harrison. (1999). Do Domestic Firms Benefit from Direct Foreign
Investment? Evidence from Venezuela’, The American Economic Review 89(3):
605-618
Ariff,M. & Yokoyama,H.(1992) FDI in Malaysia. Tokyo:Institute of developing
economies.
Azman-Saini, W. N. W., Law, S. H. & Abdul Halim, A. (2010). FDI and economic
growth: new evidence of the role of financial markets. Economics Letters 210: 211-
213.
Bank Negara Malaysia.LaporanTahunan.PelbagaiKeluaran.Kuala Lumpur.
Percetakan Negara.
Bijit Bora(2002) Foreign Direct Investment:Research issue.
Choong, C. K. (2012). Does the domestic financial development enhance the
linkages between foreign direct investment and economic growth? Empirical
Economics 42: 819-834
Chowdhury, A. & Marvotes,G.(2006).FDI and growth:What cause what? The world
economy.
Competitiveness Yearbook 2014. Institute for Management Development’s (IMD)
Cuyvers, L., Soeng, R., Plasmans, J. and Bulcke, D.V.d. (2008). Productivity
Spillovers from Foreign Direct Investment in the Cambodian Manufacturing
27

Industry: Evidence from Establishment-Level Data. Research Paper 2008. University
of Antwerp.
David Romer. (1993). Openness and Inflation: Theory and Evidence. Journal of
Economics (Issue 4).
Hayami, Yujiro and Godo (2005). Development Economics: From the Poverty to the
Wealth of Nations. Oxford University Press.
International Monetary Fundn (1993). Balance of Payments Manual: Fifth Edition
(BPM5) Washington, D.C.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2014). Laporan Tahunan. Putrajaya, WP: Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan. Putrajaya, WP: Malaysia
Jepun, Jerman dan As pelabur terbesar Malaysia bukan China.(2017, Januari
12).http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/
Katimah Rostam. (2001).Dasar dan strategi petempatan dalam pembangunan negara.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Karlsson, S., Lundin, N., and Sjoholm, F., and He, P. (2009). Foreign Firms and
Chinese Employment.World Economy 32 (1) 178-201
Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan. (2006). Putrajaya, WP: Malaysia.
Mohd.Nazri Ismail ; Siti Ami Basir. (2001). Modal asing dan kemerdekaan negara.
Dalam pemikir.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

Weng Hong Lum. (1998). The Impacts of Foreign Direct Investment on Malaysia
Manufacturing Sector. Universiti Putra Malaysia
Yao,S. ; Wei,K.(2007). Economic Growth In The Presence of FDI:The perspective
of newly industrialising economies.Jurnal of Comporative Economics.
Jepun, Jerman dan As pelabur terbesar Malaysia bukan China.(2017, Januari
12).http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/

29

x

Hi!
I'm Kim!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out