Menu

FACULTY OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES SEMESTER JANUARY 2018 NBNS 1504 TRAUMA AND EMERGENCY NURSING NAMA

0 Comment

FACULTY OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES
SEMESTER JANUARY 2018
NBNS 1504
TRAUMA AND EMERGENCY NURSING
NAMA:TING SHAU CHEN
NO. MATRIKULASI :880717495222001
NO. KAD PENGNEALAN: 880717-49-5222
NO. TELEFON: 0165881522
E-MEL:[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN SABAH
1.0PENGENALAN
Saban hari, kadar pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan (ED) di negara ini bagi mendapatkan rawatan segera semakin meningkat. Hal ini turut disokong dengan kajian yang telah dilakukan oleh Renee (2016) dimana sebanyak 77% adalah memilih Jabatan Kecemasan sebagai tempat mereka mendapatkan rawatan yang segera bagi penyakit-penyakit yang serius dan masalah kesihatan .18% pula adalah datang sekali atau dua kali untuk kes ulangan dan juga mendapatkan rawatan sakit-sakit yang biasa seperti batuk, selesema dan demam. Manakala 12% adalah datang ke Jabatan Kecemasan selepas waktu bekerja atau waktu pejabat. Sejajar dengan keadaan yang berlaku kini, Jururawat-jururawat yang berdaftar ini memainkan peranan yang penting dalam menghadapi cabaran-cabaran yang melibatkan perawatan pesakit-pesakit serta merta sama ada di kecemasan mahupun di ward. Oleh itu, kompetensi teras perlu ada setiap jururawat yang berdaftar bagi memberi jaminan yang kualiti dan keberkesanan yang tinggi dalam penjagaan pesakit bagi mengekalkan integriti dan nilai sosial dalam status profesion kejururawatan di Malaysia.

Menurut Singapore Nursing Board (2018), seorang jururawat yang berdaftar perlu menggunakan pengetahuan kejururawatan berdasarkan bukti dan profesional kejururawatan untuk membuat sesuatu keputusan dan membuat penilaian keatas kesihatan, penyediaan penjagaan kejururawatan, mendidik pelanggan dan menyokong dalam pengurusan kesihatan mereka secara holistik. Manakala menurut European Society For Emergency Nursing (2014), kompetensi adalah keupayaan asas teoritis yang dapat dinilai secara praktikal. Seorang jururawat berdaftar dapat mencapai kecekapan sekiranya mempunyai pengetahuan teori dan keupayaan ditunjuk dalam praktikal kemahiran dalam pelbagai klinikal senario yang berlaku. Oleh itu, apabila kompeten teras diterapkan dalam setiap penjagaan, ini dapat memperbaiki mutu kualiti dalam memberi perawatan setiap pesakit dan menjadi satu kepentingan didalam profesion kejururawatan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

2.0KOMPETEN TERAS JURURAWAT KECEMASAN
Jururawat kecemasan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan serta mengurus pesakit-pesakit yang kritikal mahupun trauma setiap hari. Kecekapan seseorang jururawat kecemasan itu disertakan dengan kepelbagaian fungsi dengan mengamalkan kompeten teras dalam pengurusan pesakit.
Antara kompeten teras jururawat kecemasan adalah bekerjasama dan kerja berpasukan. Dalam kompeten teras kerjasama dan kerja berpasukan penting untuk mewujudkan suasana kerja yang sihat. Jururawat berkerjasama dengan kakitangan-kakitangan termasuklah dengan paramedik dan doktor yang bertugas melaksanakan tanggungjawab dalam menguruskan perawatan pesakit yang datang menerima rawatan. Ini disokong oleh Amir dan Maha (2014) dalam artikel bahawa kerja berpasukan yang berkesan kini diiktiraf secara global sebagai alat penting untuk membina sistem penghantaran penjagaan kesihatan yang lebih berkesan dan berpusat pesakit. Menurut Zahra (2013), Kerja berpasukan di Jabatan Kecemasan dapat menstabilkan pesakit dengan segera sekiranya kakitangan-kakitangan atau ahli pasukan lain yang terlibat dapat memberi kerjasama dalam mengurus perawatan.Manakala menurut Heather (2016), tiada kerjasama dalam kalangan kakitangan di Jabatan kecemasan boleh menyebabkan perawatan pesakit itu menjadi lambat dan kelewatan perawatan pesakit menyebabkan terhasilnya diagnostik perawatan yang salah yang boleh mengakibatkan kematian berlaku. Menurut Francis Carlos (2016), kerjasama dan kerja berpasukan berkaitan dengan jururawat adalah satu keupayaan untuk menubuhkan hubungan kerjasama dengan rakan sekerja dan ahli pasukan kesihatan yang lain.

Kedua adalah komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah penting kepada jururawat kecemasan untuk membina satu sistem penghantaran anatara jururawat dengan pesakit dalam perawatan pesakit. Menurut Amir dan Maha (2014), komunikasi sangat penting apabila berkerja berpasukan terutamanya dalam penyerahan pesakit kepada jururawat yang lain termasuklah dengan setiap butiran pesakit dengan jelas bagi tujuan mengelakkan keesilapan berlaku. Menurut Manuela, Daniel, Ana dan Maura (2016), komunikasi adalah alat asas dalam kejururawatan dimana unsur penting dalam penjagaan kesihatan pesakit dapat disampaikan melalui komunikasi. Kualiti interaksi antara jururawat dan pesakit atau ahli keluarga turut mempengaruhi kepuasan dan keselamatan pelanggan. Komunikasi yang berkesan dapat memperkasakan lagi keupayaan jururawat untuk menjadikan suatu profesional dalam penjagaan kesihatan yang cekap. Menurut Francis Carlos (2016), komunikasi yang berkesan memberi keupayaan jururawat untuk mewujudkan hubungan diantara pelanggan melalui lisan dan juga tidak lisan agar pelanggan dapat perawatan yang lebih berkesan.

Seterusnya adalah Penjagaan yang selamat dan berkualiti. Juruawat kecemasan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan pesakit-pesakit yang kritikal atau trauma. Kecekapan seseorang jururawat kecemasan disertakan dengan pelbagai fungsi di Jabatan Kecemasan adalah penting dalam menyumbang proses perawatan pesakit semasa di Jabatan Kecemasan. Menurut Yong, Lee dan Chang (2016), Jururawat kecemasan mempunyai kecekapan dalam melakukan penilaian dan menganalisis masalah pelanggan yang datang dengan secara sistematik dan menggunakan pendekatan profesional yang diterapkan dalam membantu menyelesaikan masalah pesakit dengan memberi keutamaan dalam kemahiran intervensi. Menurut Francis Carlos (2016), penjagaan yang selamat dan berkualiti meliputi keupayaan jururawat itu menggunakan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan status kesihatan pesakit, membuat keputusan, mempromosikan keselamatan dan keselesaan pesakit dan menggunakan proses kejururawatan sebagai rangka kerja untuk mencapai hasil dan tindak balas perawatan yang positif kepada pesakit. Menurut European Society of Emergency Nursing (2014), orang awam datang ke Jabatan Kecemasan mengharapkan mereka dapat menerima perawatan yang baik dengan berasaskan bukti dan kemahiran daripada kakitangan dari segi peralatan dalam melaksanakan penilaian, menstabilkan dan mentadbir perawatan. Dengan adanya kecekapan standard kepada Jururawat Kecemasan, ini dapat memastikan pesakit akan menrima penjagaan yang selamat dan membawa peningkatan kesihatan pesakit yang baik.

Seorang jururawat juga perlu menerapkan pemikiran kritis dalam memberi perawatan kepada pesakit. Menurut artikel yang dipetik dalam Next Generation Core Competency Focus Group (2016), jururawat perlu menjadi pemikir yang kritis dimana ini dapat mewujudkan jururawat yang mempunyai pemikiran yang inovatif dalam membuat keputusan yang tepat dalam persekitaran yang kompleks. Pemikiran yang kritis membolehkan jururawat itu dapat mengenal pasti, menganalisis, mensintesis dan menilai data dari semua aspek isu dengan tumpuan untuk memperbaiki penyelesaian masalah dan memaklumkan tindakan. Pemikiran kritikal dapat memberi jururawat penekanan yang penting dalam mengenali relevan bukti, membuat penjelasan terhadap potensi dan kesan serta pemahaman. Selain itu, pesakit akan merasakan selamat menerima rawatan di Jabatan Kecemasan. Berinterasi dengan pesakit dan keluarga pesakit dapat menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan serta membantu meningkatkan kualiti hidup.

Seterusnya adalah pembangunan peribadi dan profesional. Seorang jururawat perlu ada pembangunan peribadi dan profesional. Menurut Francis Carlos (2016), pembangunan peribadi dan profesional merujuk kepada keupayaan seseorang jururawat itu untuk mengenal pasti keperluan pembelajarannya atau meneruskan pembelajaran yang berterusan. Ini dapat mempamerkan seorang jururawat berkebolehan dan mengolah dari sudut yang positif terhadap perubahan dan kritikan di sekeliling mahupun berhadapan dengan nyawa pesakit serta melaksanakan fungsi mengikut standard profesional yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang jururawat boleh mengembangkan profesional mereka dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjur, sambung belajar ke menara gading dan mengikut kursus pos basik yang ditawarkan mengikut bidang. Ini dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyumbang kepada jururawat dalam memberi perkhidmatan dan perawatan.

3.0KEPENTINGAN KOMPETEN TERAS JURURAWAT DALAM PERAWATAN KECEMASAN
Kepentingan kompeten teras jururawat dalam perawatan kecemasan adalah mewujudkan kerja berpasukan. Di Jabatan kecemasan, jururawat kecemasan dilihat bekerjasama dengan baik dalam kalangan paramedik yang lain serta doktor yang bertugas untuk merawat dan mengurus pesakit yang memerlukan perawatan yang segera. Ini turut disokong oleh Zahra (2013) dimana kerja berpasukan dalam Jabatan Kecemasan dapat menstabilkan pesakit dengan kadar yang segara sekiranya kakitangan-kakitangan yang terlibat dapat memberi kerjasama. Manakala menurut Heather (2016), tiada kerjasama dalam kalangan kakitangan di Jabatan kecemasan boleh menyebabkan perawatan pesakit memakan masa dan terlambat dan kelewatan perawatan pesakit menyebabkan terhasilnya diagnostik perawatan yang salah yang boleh mengakibatkan kematian berlaku. Dengan adanya kerja berpasukan, kadar kesilapan dalam perawatan dapat dikurangkan dan boleh mengelakan kematian dalam perawatan.

Kepentingan yang seterusnya adalah dapat mengekalkan komunikasi yang berkesan. Komunikasi berkesan ini adalah satu elemen yang penting dalam kompeten teras jururawat dalam memberikan perawatan serta merta atauupun kes kecemasan. Setiap hari, jururawat kecemasan akan berhadapan dengan kakitangan, pesakit-pesakit dan ahli keluarga pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan untuk mendapat mesej dan perawatan yang berkesan . Ini disokong oleh Adriana (2014) dimana komunikasi yang berkesan ini dianggapkan satu teras yang digunakan dalam profesion kesihatan untuk bertujuan memberi bimbingan, menyampaikan sesuatu maklumat, sokongan emosi serta dapat memberi perawatan segera yang berkualiti. Selain itu, jururawat juga perlu mempunyai komunikasi berkesan yang baik dengan doktor dan paramedik yang lain agar mesej atau arahan yang disampaikan oleh mereka diterima dan mengurangkan kadar indeks kesilapan berlaku semasa memberi perawatan pesakit. Ini turut disokong oleh Anita (2014) dimana komunikasi yang berkesan antara pesakit dan jururawat adalah keperluan yang penting untuk amalan kejururawatan dan penjagaan pesakit. Komunikasi berkesan disertakan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk jururawat dalam memenuhi perawatan pesakit disamping dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan pesrsekitaran dalam sistem penjagaan kesihatan.Seterusnya adalah dapat memperluaskan kemahiran klinikal. Menggunakan kecekapan yang sedia ada dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Kompeten teras yang seterusnya adalah pesakit dapat pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan adalah satu elemen yang perlu ada dalam memberi perawatan kepada pesakit. Menurut Francis Carlos (2016), pendidikan kesihatan adalah keupayaan jururawat dalam melakukan penilaian keperluan pembelajaran pesakit. Disamping itu, ia dapat membantu dalam membangunkan kesihatan pendidikan berdasarkan keperluan yang dinilai dan dijangka. Perlaksanaan pendidikan kesihatan kepada pesakit merangkumi melaksanakan pelan pendidikan kesihatan dan menilai hasil pendidikan kesihatan pesakit tersebut. Jururawat kecemasan boleh mengaplikasikan semua sumber yang sedia ada untuk diberikan dan dikongsikan kepada pesakit dan ahli keluarga.

4.0KEPENTINGAN KOMPETEN TERAS JURURAWAT DALAM PENGURUSAN SERTAMERTA PESAKIT ACS
Acute Coronary Syndrome (ACS) adalah satu keadaan yang memerlukan rawatan yang segara sekiranya pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan mempunyai simptom-simptom ACS seperti sakit dada. ACS ini terjadi apabila berlaku penurunan aliran darah di arteri koronari sehingga bahagian otot dan mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan keadaan yang baik. Menurut Amit dan Christoper (2009), ACS ditakkrifkan sebagai simptom klinikal yang bersesuaian dengan iskemia Miokardium akut termasuk angina yang tidak stabil, peningkatan ketara myocardial infarction dan ST-Segment elavation myocardial infraction. Apabila penilaian dengan tindakan yang cepat dilakukan kepada pesakit, ini akan membantu mengurangkan risiko awal kepada serangan jantung. Oleh itu, seorang jururawat perlu peka dengan gejala dan simptom pesakit ACS yang datang ke Jabatan Kecemasan.
Kompeten teras dalam jururawat perlu dititikberat and mengambil kira dalam perawatan serta merta Pesakit ACS. Dengan itu, kompeten teras jururawat memainkan peranan yang penting dalam pengurusan serta merta pesakit ACS. Pertama adalah meningkatkan pemikiran yang kritis. Menurut Natalie (2012), Keutamaan jururawat ada dapat membuat penilaian yang cepat agar dapat menyediakan penjagaan awal yang bersesuaian. Contoh, pesakit yang datang mengadu sakit dada. Sebagai jururawat menggunakan kecekapan dengan melakukan electrocardiogram (ECG) keatas pesakit sebelum dirujuk kepada doktor yang bertugas. Selain itu, Jururawat juga perlu peka dengan melakukan penilaian tahap kesakitan dan membuat perbandingan dengan reaksi wajah pesakit. Ini bersesuaian dengan peranan jururawat dalam bertindak balas dengan cepat dalam pengurusan pesakit ACS untuk mencapai hasil yang positif pesakit.

Seterusnya adalah komunikasi yang berkesan antara jururawat dengan pesakit dan rakan pasukan. Dalam situasi kecemasan melibatkan ACS, komunikasi dapat mewujudkan hubungan dengan pesakit dengan mendengar luahan pesakit dari segi aduan pesakit melalui lisan ataupun bukan lisan. Menurut Francis Carlos (2016), komunikasi yang berkesan membantu dalam proses perawatan ACS dimana jururawat bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada pesakit dan pastikan jururawat berkomuniksi dengan jelas terutamanya dalam tempoh pengurusan serta merta kepada pesakit. Ini kerana komunikasi yang terbaik akan memberikan input yang berkesan dalam perawatan pesakit. Menerima arahan daripada doktor dari segi pemberian ubat-ubatan dan pengambilan diagnostik seperti darah adalah penting dalam pengurusan pesakit dimana kadar kesilapan dalam pemberian ubat dapat dielakkan.

Kepentingan seterusnya adalah mengurangkan kadar kematian yang melibatkan ACS. Menurut Aline, Katia, Juliana, Elaine,Karina dan Maria (2016),tahap kematian yag melibatkan kardiovaskular adalah tinggi. Oleh itu, jururawat perlu mengutamakan pesakit yang datang yang mengadu sakit dada dan mengutamakan pesakit dengan memberi perkhidmatan melakukan ECG bagi tujuan mengurangkan masa antara ketibaan,diagnosis dan rawatan. Dalam perawatan sertamerta ACS, jururawat perlulah menggunakan protokol agar perkara yang tidak diingini berlaku.Setiap rawatan yang diberikan adalah mengikut protokol yang telah ditetapkan agar pesakit berasa selamat.

5.0PAPARAN APLIKASI KOMPETEN TERAS JURURAWAT DALAM PENGURUSAN SERTAMERTA PESAKIT ACS DI JABATAN KECEMASAN
Aplikasi kompeten teras jururawat dalam pengurusan sertamerta pesakit ACS di Jabatan kecemasan adalah dari segi kerja berpasukan dan bekerjasama. Apabila menghadapi pesakit ACS di jabatan kecemasan, jururawat akan berkerjasama dan berkonsepkan kerja berpasukan dengan ahli pasukan yang lain dalam mengurus pesakit ACS dengan pantas dan selamat. Jururawat itu akan memainkan peranan dengan pasukan yang lain dengan mebahagikan bahagian dalam menguruskan pesakit ACS. Sebagai contoh, jururawat bertanggungjawab dalam pengambilan tanda vital. setiap lima minit, jururawat akan merekodkan dalam borang tanda vital pesakit dan melakukan ECG terhadap pesakit. Ini disokong oleh Aline, Katia, Juliana, Elaine,Karina dan Maria (2016) apabila jururawat segera melakukan ECG kepada pesakit yang mengadu sakit dada dan tunjuk kan ECG selepas klasifikasikan risiko kepada doktor. Ini dapat membantu mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kelewatan diagnosis disamping itu juga akan memberikan pesakit tersebut mendapatkan perawatan yang cepat dan mengurangkan ketidakselesaan pada dada. Menurut Francis Carlos (2016), kerjasama dan bekerja berpasukan dapat memberi pendekatan yang baik dalam menguruskan pesakit yang memerlukan tindakan yang segera dan dapat menyingkatkan proses rawatan.

Seterusnya adalah memberi jaminan keselamatan dan kualiti perawatan pesakit ACS. Pesakit yang datang ke kecemasan mengharapkan pihak hospital memberi perawatan yang terbaik kepada mereka. Menurut Francis Carlos (2016), penjagaan yang selamat dan berkualiti ini berkaitan keupayaaan seseorang jururawat itu menunjukkan pengetahuan berdasarkan kepada status kesihatan atau penyakit klien dan membuat keputusan. Ini juga dapat mempromosikan keselamatan dan keselesaan pesakit. Dalam keadaan pengurusan serta merta pesakit ACS, jururawat memastikan pemberian ubat mengikut arahan doktor dan memastikan ubat diberikan kepada pesakit mengikut protokol dan masa yang betul. Menurut Ira Gene (2010), pemberian ubat dengan cepat dan betul dalam rawatan sertamerta ACS dapat mengurangkan kerosakan sel otot dan memerlukan pemulihan aliran darah ke otot jantung. Antara ubat-ubat yang diberikan semasa perawatan serta merta pesakit ACS adalah Intravenous Morphine dan S/L Glycerly Trinitrate mengikut arahan doktor. Pemberian ubat kepada pesakit mestilah mengikuti standard 7R dalam pemberian ubat.

Seterusnya adalah memberi sokongan emosi kepada pesakit dan ahli keluarga. Dalam memberi perawatan dalam menguruskan pesakit ACS, jururawat memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan emosi kepada pesakit dan ahli keluarga. Dengan memberi sokongan emosi kepada pesakit, ini dapat mengurangkan kesakitan dan kerisauan pesakit ACS mengenai penyakitnya. Menurut Cordie E (2015), memberi sokongan emosi kepada pesakit adalah penting dimana ia membantu jururawat itu mengenal pasti emosi yang betul kepada pesakit agar pesakit menjadi tenang dan memudahkan pesakit tersebut memberi kerjasama dalam perawatan mereka. Sokongan emosi ini perlu diterapkan semasa mengurus serta merta pesakit ACS kerana ia merupakan kecekapan teras dalam profesion jururawat. Selain itu, sokongan emosi kepada pesakit boleh mengurangkan rasa debaran dan cemas kepada pesakit. Apabila emosi pesakit itu terkawal, ini akan memudahkan perawatan ACS berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama dengan pesakit. Menurut Matt Vera (2013),kehadiran jururawat dapat mengurangkan rasa takut dan tidak berdaya sekiranya adanya sokongan emosi daripada jururawat.

Selain itu juga, jururawat juga perlu memastikan pesakit ACS yang datang ke Jabatan Kecemasan mengetahui rawatan yang diterima oleh mereka. Setiap yang dilakukan oleh jururawat perlulah diberitahu kepada pesakit sebelum melakukan sesuatu prosedur. Contoh, melakukan ECG, penerangan perlu diberitahu kepada pesakit agar pesakit dapat memberi kerjasama dan memudahkan kerja jururawat. Selain itu, jururawat juga perlu melakukan dokumentasi setiap yang dilakukan kepada pesakit untuk mengelakkan rawatan berganda. Menurut Francis Carlos (2016), jururawat perlu menghormati hak individu atau pesakit dimana menghormati keputusan pesakit sekiranya mereka tidak mahu meneruskan perawatan. Oleh itu, penerangan kepada pesakit penting sebelum melakukan sesuatu prosedur kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama mereka dan mengurus serta merta ACS.

6.0KESIMPULAN
Kesimpulannya, kompeten teras penting dalam setiap profesion profesion yang terlibat termasuk la profesion kejururawatan di Malaysia. Jururawat yang berdaftar memainkan peranan yang penting dalam menghadapi cabaran-cabran yang mendatang melibatkan perawatan pesakit-pesakit yang memerlukan perawatan serta merta. Dengan adanya kompeten teras di dalam setiap jururawat yang berdaftar ini, ia akan memberikan dan menjaminkan dari aspek kualiti dan keberkesanan yang tinggi dalam penjagaan pesakit disamping meningkatkan integriti dan nilai sosial dalam kejururawatan. Pemberian rawatan yang selamat dan berkualiti, pendidikan kesihatan, komunikasi dan kerjasama berpasukan mewujudkan pola kerja yang selamat di Jabatan Kecemasan. Kecekapan dan kebolehan seseorang jururawat dalam menguruskan pesakit yang melibatkan jantung dapat mengurangkan kadar kematian. Kerja berpasukan, pendidikan kesihatan serta keselamatan pesakit memainkan penting dalam menguruskan pesakit yang memerlukan perawatan yang segera. Dengan adanya kompeten teras dalam seseorang jururawat, maka semua perawatan menajdi lebih berkesan dan meningkatkan kualiti dalam perawatan pesakit yang datang ke kecemasan. Oleh itu, apabila elemen-elemen kompeten teras dipraktikkan dalam setiap kompenen proses kejuruawat dan perawatan pesakit, ini boleh mempermudahkan dan mempercepatkan penyesesaian sesuatu masalah yang dihadapi oleh pesakit. Bukan itu sahaja, proses penyembuhan pesakit lebih cepat dan berkesan.

7.0RUJUKAN
Adriana. V. Z., Sonia. S. M., Vera. L. P., & Cristina. M. G., (2014), Communicative Process In The Emergency Department between Nursing Staff and Patient : Social representation. Dicapai dari HYPERLINK "http://www.objnursing.uff.br/index.php/nursing/article/view/4036/html_118" http://www.objnursing.uff.br/index.php/nursing/article/view/4036/html_118
Aline.C. V., Katia. C. J., Juliana. B., Elaine. R., Karina. S., & Maria. T. Z., (2016), Perception Of Emergency Nurses In Using A Chest Pain Assesement Protocol. Dicapai dari
HYPERLINK "http://www.scielo.br/pdf/tce/v25n1/0104-0707-tce-25-01-1830014.pdf" http://www.scielo.br/pdf/tce/v25n1/0104-0707-tce-25-01-1830014.pdf
Amit. K., & Christoper. P. C., (2009), Acute Coronary Syndrome : Diagnosis and Management, Part I. Dicapai dari HYPERLINK "https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2755812/" https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2755812/
Anita. D. B., (2015), Core Communication Competencies In patient-Centered Care. Dicapai dari HYPERLINK "https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24855804" https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24855804
Emergency Nurses Association., (2011), Competencies for Clinical Nurses Specialists In Emergency Care. Dicapai dari HYPERLINK "https://www.ena.org/docs/default-source/resource-library/practice-resources/other/competencies-for-clinical-nurse-specialists-in-emergency-care.pdf?sfvrsn=b2348c1c_4" https://www.ena.org/docs/default-source/resource-library/practice-resources/other/competencies-for-clinical-nurse-specialists-in-emergency-care.pdf?sfvrsn=b2348c1c_4
Francis. C. L., (2016), Core Competencies Of Beginning Staff Nurse : A Basic For Staff Development Training Program. Dicapai dari HYPERLINK "https://pdfs.semanticscholar.org/e2ad/98bd200d15f2143ad15d63d4f8e7ffce14fb.pdf" https://pdfs.semanticscholar.org/e2ad/98bd200d15f2143ad15d63d4f8e7ffce14fb.pdf
Heather. T., Angela. V., & Garrett. K. C., (2010), Improving Teamwork And Communication In The Emergency Department. Dicapai dari HYPERLINK "http://dne2.ucsf.edu/public/cripc/ebpabstract/tilsonabst.pdf" http://dne2.ucsf.edu/public/cripc/ebpabstract/tilsonabst.pdf
Iesiah. M. H., (2006), clinical Presentation Of Acute Coronary Syndrome : Does Age Make A Difference Implication For Emergency Nursing. Dicapai dari HYPERLINK "https://etd.ohiolink.edu/rws_etd/document/get/wright1154209026/inline" https://etd.ohiolink.edu/rws_etd/document/get/wright1154209026/inline
Kristen. J. O., (2009), Acute Coronary Syndrome : Even Nurses Outside ED Should Recognize It Sign And Symptom. Dicapai dari HYPERLINK "http://www.ucdenver.edu/academics/colleges/nursing/Documents/PDF/coronary-syndrome.pdf" http://www.ucdenver.edu/academics/colleges/nursing/Documents/PDF/coronary-syndrome.pdf
Mark. T., (2017), European Society For Emergency Nursing. Dicapai dari HYPERLINK "http://eusen.org/wp-content/uploads/2017/04/EuSEN-Competencies-Emerg-Nurse.pdf" http://eusen.org/wp-content/uploads/2017/04/EuSEN-Competencies-Emerg-Nurse.pdf
Nancy. M., (2013), A Framework For Creating And Evaluating Competencies For Emergency Nurses. Dicapai dari HYPERLINK "http://www.girardslaw.com/library/ED_Nurse_Competency_Framework_2013.pdf" http://www.girardslaw.com/library/ED_Nurse_Competency_Framework_2013.pdf
Stephanie. T., Gary. C., Mamas. M., Farzin. F. O., & Christi. D., (2012), Nurses’ Role In The Acute Management Of Patient With Non-ST-Segment Elavation Acute Coronary Syndrome : An Integrative Review. Dicapai dari HYPERLINK ;http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.1012.450;rep=rep1;type=pdf; http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.1012.450;rep=rep1;type=pdf
Yong. J. S., Insook. L., ; Chang. S. Park., (2016), A study Of Competence Of Nursing Students In Emergency Nursing Core Skills. Dicapai dari HYPERLINK ;http://ejpbl.org/upload/pdf/pbl-3-1-15.pdf; http://ejpbl.org/upload/pdf/pbl-3-1-15.pdf

x

Hi!
I'm Kim!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out